Pertunjukan Bontot

  • class="st_sharethis" displayText="Share">

 

SK Durai

 

The blog is purposely written in Bahasa Malaysia and it was written ‘rojak’ style.

Isu ini telah dibincangkan oleh banyak pihak, dan adalah antara isu yang paling hot kebelakangan ini. Isu tunjuk backside. Walaupun ini adalah isu yang amat sensitif, tapi nampaknya pihak berkuasa tidak sedar bahawa pertunjukan bontot adalah acara biasa dan telah dilakukan oleh beberapa bekas tentera sebelum ini.

Dibawah kita boleh melihat pertunjukan bontot yang dilakukan oleh bekas tentera di depan rumah Cik Ambiga. Sila perhatikan betul betul. Lihat berapa ramai orang tunjuk bontot. Walaubagaimanapun, pertunjukan bontot secara berkumpulan adalah tidak salah sama sekali!

Pertunjukan yang mantap

Malah, ia digalakkan untuk kesihatan badan.

Pada Janji Bersih 30 August yang lalu, satu Macha tak tau apa masalah dia, dia pula tunjuk bontot di kalangan ramai. Tapi dia kena tahan. Sebab dia buat solo show. Ini adalah persembahan berkumpulan, mana boleh buat seorang?!

Ha, itulah salah dia. Saya cadangkan ini Macha yang kena tahan pergi join group tarian bontot dan belajar selok-belok tarian gelek punggung sebelum membuat persembahan.

Pastu isu pijak poster.

Memijak poster ini memang berdosa dan tidak beradab la. Lagi lagi kalau pijak poster Perdana Menteri memang bodoh la. Beberapa tahun lalu, poster PM didirikan di dalam Batu Caves, di mana selama ini hanya poster Tuhan saja dibenarkan sebelum ini. Wakil-wakil MIC membuat pooja ka apa ka saya pun tak tau la. Tapi itu menunjukkan betapa pentingnya poster PM, sampai boleh masuk dalam Batu Caves, kuil yang paling bersejarah di negara kita.

Lu mau pijak poster PM ka? Habis la lu Meenachi.

Manyak cute worrr…Awek cute pun tara suka PM, aisehhh..tara faham la gua…

Tapi, you mau bakar poster CM Lim Guan Eng ka, mau hantar tahi ka, pijak poster Ambiga ka, itu semua tara salah. Malah ia digalakkan, sebab ini adalah negara demokrasi. Mau kencing atas poster diorang pun tara masalah.

BN Youths, menerajui pembangunan negara…

Itu lembu punya kepala you kasi potong heret dekat jalan, itu pun tara salah. Itu lembu you simpan dalam kondo, itu pun tara salah.

 Fikir-fikirkanlah….:P