Panduan mengenali Gay and Lesbian

  • class="st_sharethis" displayText="Share">

 

SK Durai

 

Seperti biasa, penulis sedang membaca berita di dalam portal Malaysiakini, apabila melihat berita yang sungguh gempak giri giri. Daripada lebih kurang 196 negara di dunia ini, hanya Malaysia sahaja telah mengeluarkan satu guideline ataupun panduan yang luarbiasa bin ajaib, untuk mengenali gay and lesbian.

 

 

 

“Akhbar Sin Chew Daily menyebut, garis panduan itu diterbitkan oleh Yayasan Guru Malaysia Bhd, Majlis Rundingan Persatuan Ibubapa dan Guru Putrajaya yang mendapat sokongan Kementerian Pelajaran.”

 

Kita mungkin pernah lihat simptom untuk sesetengah jenis penyakit. Kalau seseorang mengalami sakit jiwa, dia mungkin menunjukkan simptom simptom tertentu. Tapi, dengan kebijaksanaan, kesungguhan dan kecanggihan teknologi 1Malaysia, akhirnya kita sudah boleh mengesan simptom simptom untuk gay dan lesbian.

Penulis amat berbangga la, sebab ini adalah satu pencapaian yang amat besar.

Mari kita teliti macam pulithi semua simptom ini:

 

Panduan itu menggariskan empat ciri oleh gay dan lesbian:

“Simptom” gay:

Mempunyai badan sasa dan gemar menunjukkan badan dengan memakai baju berkolar-V dan tidak berlengan
Gemar pakaian ketat dan berwarna cerah
Tertarik kepada lelaki
Suka membawa beg besar, sama seperti yang digunakan wanita, apabila keluar

Contoh gay menurut Menteri Pelajaran Malaysia

“Simptom” lesbian:

Tertarik kepada wanita
Menjauhkan diri daripada wanita lain, selain teman wanita mereka
Gemar keluar, makan, dan tidur dengan wanita
Tidak tertarik kepada lelaki

 

Can you imagine that the Ministry of Education came up with guidelines like this? Masalahnya , takda satupun lesbian ataupun gay yang kacau sesiapa kat negara ini. Itu hak masing masing, nak jadi gay ke lesbian ke, asalkan dia tidak melanggar undang undang, pada pendapat saya dia tak bersalah.

Penulis pun pelik la dengan semua orang yang benci kat gay dan lesbian ni. Kononnya ini perbuatan yang tidak bermoral. Mungkin ianya tidak bermoral, tapi biarlah diorang yang tanggung dosa. Tak payah mau sibuk sibuk.

Yang hang semua pergi duduk kat Thailand main awek depan belakang tu semua perbuatan bermoral ka? Nak cakap pasal moral konon. Banyak lagi isu isu yang perlu ditangani, contohnya masalah gangsterism di sekolah. Pastu isu penguasaan Bahasa Inggeris oleh pelajar di negara kita. Ini semua barulah isu yang penting. Hisap rokok, ganja, gam gajah, pun kegiatan tidak bermoral juga. Sudah buat kaunseling untuk itu semua ka?

Penulis pun kenal banyak gay dan lesbian, mereka ini sebenarnya orang yang sangat baik-hati.In fact walaupun dibenci dan dicemuh, mereka tidak membalas dendam malah bersimpati terhadap orang yang membenci mereka.

Walaupun hujah hari ini tidak seberapa, penulis ingin mengungkap satu pepatah daripada Bro Jonathan Fernandez:

“As long as no one forces his cock into your face, there’s no reason to be homophobic. In fact, that term shouldn’t even exist.”